Sunday, 2 September 2012

Analisis Artikel: Kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)










NAMA: CHANG VOON YING

OPSYEN: 8PISMP - PC/PJ/MU



Artikel

Kebanjinran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Berita Harian 2 Februari 2010

KUALA LUMPUR – Kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains sosial dan bahasa Melayu. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak berkata, seramai 913 GSTT berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah di sini khusus bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Melayu.

“Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek dalam sains sosial selain beberapa subjek lain,”. Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut mengalami masalah yang sama.

Apabila sebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih. Tetapi apa bezanya? Kalau dilihat daripada ungkapannya sahaja boleh tahu. Tetapi apa maksud dan peranan kelompok ini pada fahaman dan konteks yang lebih jelas?

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk orang di luar yang berminat jadi guru tapi tidak ada sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan jadi guru ganti,  memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Guru Sandaran Terlatih (GST) adalah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.

Lagi satu, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bukan sahaja ditawarkan di sekolah sahaja, jikalau anda mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon mana-mana politeknik di Malaysia.

Sekarang ini guru subjek Bahasa Melayu contohnya tidak cukup. Bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi di negeri-negeri lain pun mengalami masalah yang sama.  Bukan di kawasan luar bandar sahaja, kawasan bandar juga mengalami tempiasnya. Kalau diikutkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) inilah yang sepatutnya diberikan pendedahan terlebih dahulu dengan cara diberikan subjek seperti Bahasa Melayu untuk diajar kepada murid-murid.

Jikalau mana-mana Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT) hendak menjadi guru tetap masih mempunyai peluang lagi. Kebiasaanya boleh ajukan kepada pengetua atau pun guru besar. Mereka-mereka kebiasaanya yang boleh membantu. Itu pun bergantung kepada budi bicara Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau ada rezeki mungkin kena melalui Kursus Dalam Cuti (KDC). Jadi tidak perlu melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).


Analisis Artikel

Tajuk artikel yang saya pilih adalah isu kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di ngara kita, terutamanya di sekolah menengah. Sebelum saya mengulas dan menganalisi artikel yang saya pilih saya ingin menerangkan makna GSTT dengan lebih teliti dan mendalam lagi. Apakah maksu GSTT? Sebenarnya GSTT dibuka kepada orang di luar yang berminat untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan menjadi guru ganti dengan tujuan untuk memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja. Apabila sebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih (GST). GST pula ialah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.

Artikel ini menyatakan kebanjiran GSTT di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains sosial dan bahasa Melayu. Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek dalam sains sosial selain beberapa subjek lain. Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut mengalami masalah yang sama.

Setiap kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran dengan baik, termasuk mengeluarkan ‘nasihat’ kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah. Bagaimanapun, kelemahan Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi ‘besar’. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.

 Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.

Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi ‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina.

Sedikit masa lalu, timbul ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan atau jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan perguruan yang kini melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas merasmikan konvensyen CUEPACS, akhir tahun lalu.  Walaupun tiada perkhabaran lanjut mengenainya, cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah rentetan daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.  

Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah ‘kerja berlebihan’ akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus.  Walau apa pun kerenah pentadbiran yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Baru-baru ini kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau mengakui peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan.  Tidak dinafikan, ada guru bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka tidak sebesar mana.

Berdasarkan pandangan saya, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan. Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia. Di sini, aya ingin mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada dalam kalangan kita mengatakan ‘ya’ tetapi bagi saya ‘tidak’. Antara faktornya adalah kerana kehadiran GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf ‘sandaran tidak terlatih’? Pernahkah kita mendengar ‘akauntan sandaran tidak terlatih’ atau ‘doktor sandaran tidak terlatih’?

Menyedari realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat tinggi dan kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion dengan perguruan. Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah ‘Memartabatkan Profesion Perguruan’ dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya ‘sifar GSTT’. Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.

Saya menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar. Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar. Kita harus ingat bahawa Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak. Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan. Kalau sesiapa yang ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru.

Didapati bahawa terdapat punca-punca yang mengakibatkan berlakunya kebanjiran GSTT di sekolah negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem GSTT begitu unik dan jarang terdapat di negara lain. Oleh sebab itu, sistem ini mempunyai pengaruh yang penting terhadap sistem pendidikan di negara kita. Sistem pendidikan negara dan sukatan pelajaran telah diselaraskan dan disistematikkan, tetapi sistem pengambilan guru masuk ke institusi perguruan masih tidak dilaksanakan dengan sistematik. Sistem pengambilan guru baru bagi kursus perguruan yang tidak disistematikkan ini telah memberikan beban bagi aliran sekolah tertentu di negara ini terutamanya SJK (C) dan SJK (Tamil) kerana kekurangan guru tetap dan berikhtisas.

Sehubungan itu, dalam pengambilan guru baru bagi kursus perguruan di Malaysia, adakah jumlah pengambilan calon guru ditetapkan berdasarkan kadar persaraan guru? Adakah pengambilan guru kursus perguruan ini mencerminkan kadar kekurangan guru di semua aliran sekolah rendah dan menengah? Jika statistik menunjukkan persaraan 500 orang guru, adakah KPM akan mengambil 500 orang guru kursus perguruan mengikut keperluan dalam semua aliran sekolah? (Sekolah Cina dan Tamil memerlukan guru yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina/Bahasa Tamil, tetapi pengambilan calon kursus perguruan hanya menumpukan dalam pengambilan guru yang hanya mahir dalam Bahasa Malaysia?) Hakikatnya, jumlah pengambilan calon guru adalah tidak sekadar dengan kadar persaraan guru. Oleh itu, berlakunya kekurangan guru di banyak sekolah disebabkan pengambilan calon guru yang tidak mencukupi oleh kerajaan.

Selain itu, GSTT mengharapkan kursus perguruan akan dianjurkan setiap tahun sebab ia satu-satunya cara untuk GSTT menjadi seorang guru tetap dan berikhtisas. Malangnya, kadar pengambilan calon kursus perguruan pada setiap tahun kurang daripada kadar guru yang telah bersara. Akibatnya, sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan guru tetap pada tahap yang serius sehingga 2,000 orang. Sehubungan itu, adakah KPM mempunyai perancangan untuk membantu GSTT yang sedia ada, misalnya bagi GSTT yang telah berkhidmat lebih tiga tahun, untuk diberikan keutamaan dalam pengambilan dalam permohonan kursus perguruan.

Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai rancangan untuk GSTT di SJK(C) yang tidak berpeluang untuk memasuki institusi perguruan walaupun mereka telah banyak kali memohon kursus perguruan? Syarat KPM menetapkan bahawa GSTT mestilah tidak melebihi umur 35 tahun bagi siswazah dan umur 30 tahun bagi bukan siswazah.  Ia tidak adil bagi para GSTT yang telah bertungkus-lumus dalam bidang pendidikan. Walaupun mereka mempunyai pengalaman untuk mengajar, mereka tetap tidak diterima oleh institusi perguruan hanya kerana umur mereka melebihi had usia yang disyaratkan. Jika tidak diberi peluang untuk menjadi guru yang berikhtisas, mereka terpaksa menceburi bidang lain dan susulan itu, sekolah-sekolah akan kehilangan guru yang berpengalaman dan penuh dedikasi.

Saya mendapati bahawa kebanyakan GSTT rajin mencurahkan khidmat dan dedikasi untuk pendidikan megara tetapi negara kita tidak menghargai sumbangan GSTT. Kebajikan tidak dijaga dan kerja sebagai GSTT tidak terjamin. Sekiranya terdapat guru tetap yang baru diagih masuk ke sekolah, perkhidmatan GSTT akan dihentikan. Kejadian ini menyebabkan semua GSTT berasa kecewa dan terasa tidak diberikan jaminan. Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia.

Di sini, saya mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil pensyarah dari universiti tempatan sebagai pensyarah kontrak dalam institusi pendidikan. Langkah ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan pensyarah yang serius dalam institusi pendidikan, malah mengurangkan perbelanjaan pihak kementerian. Dengan adanya bilangan pensyarah yang mencukupi, kementerian boleh melatih GSTT untuk menjadi guru secara kumpulan. Cara ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan guru yang serius di seluruh negara, malah para GSTT dapat memberi sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan tidak perlu berasa risau untuk mencari jalan demi menjadi seorang guru berikhtisas.

Saya berharap kerajaan dapat memahami nasib GSTT di SJK(C) dan boleh membantu kita mendapatkan peluang temuduga terbuka (walk-in interview) bermaksud semua GSTT kini terus diterima masuk KDPM-KDC dan KPLI-KDC (mod Bahasa Cina) seperti mana program ini pernah dilaksanakan oleh bekas timbalan menteri pelajaran.  Ia membuka lebih peluang kepada para GSTT agar dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru SJK(C) berikhtisas di seluruh Malaysia. Sistem Pelajaran yang mantap adalah asas pembanguan negara.

Sebagai menyambut slogan kerajaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Oleh itu, kerajaan harus mengambil kira kesan negatif jika janji terhadap GSTT ini tidak ditunaikan. Antaranya ialah GSTT yang diberhentikan kontrak mengalami kemerosotan nilai ekonomi kerana mereka sukar mendapatkan pekerjaan lain memandangkan mereka hanya mempunyai pengalaman kerja sebagai guru. Tambahan pula kebanyakan majikan tidak mahu mengambil bekas GSTT 2010 bekerja dengan mereka kerana beranggapan GSTT akan dipanggil berkhidmat dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keadaan ini menyebabkan GSTT sukar meneruskan kehidupan harian dengan bebanan hutang dan komitmen yang semakin bertambah. Seperti orang lain yang telah lama bekerja, GSTT juga mananggung liabiliti yang besar seperti ansuran kereta, rumah, kos sara hidup rumah tangga dan juga hutang PTPTN. Lebih memeritkan lagi ada di antara GSTT yang ditamatkan kontrak ini telah kematian suami dan terpaksa menyara 5 orang anak.

Di samping itu, dalam kesukaran GSTT meneruskan hidup selepas ditamatkan kontrak, wujud pula golongan yang mengambil peluang dan kesempatan ke atas mereka. PGM menerima banyak rungutan daripada GSTT seluruh negara bahawa mereka perlu membayar RM 200 seorang untuk mendapatkan tawaran mengajar di sekolah swasta. Kami sangat bimbang sekiranya ia melibatkan sendikit penipuan dan semakin berleluasa serta agresif. Misalnya jika melibatkan sendikit pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain lagi.

Tambahan lagi, PGM juga bimbang sekiranya janji terhadap GSTT tidak ditunaikan. Ini adalah kerana ia akan menyebabkan terhakisnya kepercayaan yang kami pupuk terhadap kerajaan yang memerintah. Sudah pasti keadaan ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya. Sangat rugi jika pucuk pimpinan yang banyak berjasa dan berkebolehan seperti dalam pemerintahan negara kita pada hari ini terpaksa ditukar hanya kerana rasa tidak puas hati sesama kita akibat janji yang tidak ditunaikan. Ini memang merupakan perkara yang tidak patut berlaku di negara kita yang begitu menekankan kepentingan pendidikan.

Kesimpulannya, saya berharap bahawa semua pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama supaya masalah ini dapat ditangani demi masa depan serta kebaikan murid-murid.Sekolah bertujuan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada murid-murid dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan aspirasi kebangsaan. Dalam konteks negara Malaysia, sistem pendidikan mempunyai matlamat utama iaitu perpaduan kaum dan pembangunan negara. Oleh itu, sekolah dan guru memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan negara kita terus maju ke depan. Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian dan prihatin terhadap isu ini.

Analisis Artikel : Empat pelajar dakwa dipukul


NAMA: LIM CHING WEN
OPSYEN: 8 PISMP- PC/PJ/MU

                                         Artikel


Empat Pelajar dakwa dipukul
Empat pelajar dakwa dipukul
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Mei 2012

Mahadewi (kanan) menunjukkan kepala anaknya yang bengkak didakwa dipukul guru lelaki itu.
BUKIT SENTOSA - Empat pelajar perempuan tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dipukul seorang guru sehingga tiga daripadanya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berdekatan kerana pengsan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Insiden itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang kelmarin setelah guru lelaki didakwa marah tindakan pelajar yang bising dan keluar kelas tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, ibu seorang murid terbabit, MK Mahadewi, 40, berkata, ia berbeza dengan kenyataan anaknya, S Shanmugi, 13, bersama tiga rakannya yang mendakwa mereka diberi kebenaran keluar sebelum guru terbabit memukul mereka ketika diarah masuk semula ke dalam kelas.

“Anak saya kata dia dan rakannya telah meminta kebenaran keluar namun setelah itu mereka diarahkan masuk sebelum dipukul di kepala menggunakan fail dan kotak pensil sehingga bengkak manakala seorang lagi disepak.

“Anak saya bersama dua rakannya mengalami bengkak di kepala sehingga menyebabkan mereka pengsan ketika menuju ke pejabat pengetua,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mahadewi berkata, guru yang melihat kejadian itu segera membawa mereka ke klinik berdekatan.

Tetapi menurutnya pihak klinik tidak mahu menerima pelajar terbabit kerana kecederaan dialami berkait kes pukul dan mereka dibawa semula ke sekolah.

Mahadewi juga kecewa kerana mendakwa pihak sekolah tidak memaklumkan perkara itu kerana dia hanya mendapat tahu setelah datang sendiri ke sekolah.

“Saya mulanya risau sebab sudah jam 7.45 petang anak saya masih tak pulang sedangkan rumah saya dekat saja dari sekolah, jadi saya terus ke sekolah sebelum mendapat tahu kejadian itu.

“Kesal dengan insiden itu saya mengambil keputusan membuat laporan polis sebelum membawa anak ke HKKB.

“Doktor mengarahkan anak saya ditempatkan di hospital dalam tempoh 24 jam kerana bimbang kesan sampingan akibat bengkak di kepala,” katanya.

Mahadewi juga kesal kerana guru yang didakwa memukul anaknya sepatutnya lebih bersikap sabar dan tidak bertindak demikian terhadap pelajar.

Sementara itu, difahamkan pelajar sekolah terbabit meminta kebenaran keluar kelas untuk menemui seorang pelajar di kelas lain kerana didakwa telah menconteng buku rakan mereka.

Tujuan empat pelajar terbabit dipercayai kerana mahu memberi teguran kepada pelajar itu namun guru tersebut menghalang tindakan pelajar berkenaan.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklumbalas daripada pihak sekolah namun gagal dihubungi. 



                                 Analisis Artikel

Menurut artikel “Empat Pelajar dakwa dipukul” yang disiarkan di Sinar Harian, empat pelajar perempuan tingkatan 1 sebuah sekolah menengah  mendakwa dipukul seorang guru sehingga tiga daripadanya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berdekatan kerana pengsan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB). Menurut artikel tersebut, kejadian itu berlaku disebabkan guru lelaki tersebut marah akan tindakan pelajar yang bising dan keluar kelas tanpa kebenaran. Difahamkan pelajar sekolah terbabit meminta kebenaran keluar kelas untuk menemui seorang pelajar di kelas lain kerana didakwa telah menconteng buku rakan mereka. Tujuan empat pelajar terbabit dipercayai kerana mahu memberi teguran kepada pelajar itu namun guru tersebut menghalang tindakan pelajar berkenaan. Empat pelajar tersebut diarahkan masuk sebelum dipukul di kepala menggunakan fail dan kotak pensil sehingga bengkak manakala seorang lagi disepak. Doktor mengarahkan mangsa ditempatkan di hospital dalam tempoh 24 jam kerana bimbang kesan sampingan akibat bengkak di kepala.

Goleman (1995) menyatakan bahawa seseorang yang tidak mempunyai keupayaan mengawal emosi apabila berinteraksi dengan orang lain kurang bermotivasi untuk  menjalankan kerja dengan baik. Mereka juga tidak boleh digolongkan sebagai individu yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Peristiwa-peristiwa cetusan emosi yang digambarkan, terutama yang berlaku di tempat kerja, membawa implikasi terhadap tahap kestabilan dan kematangan emosi yang dimiliki oleh individu-individu yang terlibat. Goleman (1995) telah mengemukakan satu teori untuk menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi emosi seseorang. Teori tersebut dikenali sebagai Teori Kecerdasan Emosi. Teori ini menerangkan faktor kegagalan dan kejayaan seseorang dalam kehidupan peribadi dan kerjaya masing-masing.

Merujuk kepada kes dalam artikel tersebut, masalah disiplin pelajar sememangnya boleh menggugat emosi guru. Jika tidak ditangani dengan baik, mudah saja guru cenderung untuk bertindak di luar emosinya seperti menampar pelajarnya. Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Tekanan mempunyai hubung kait dengan sokongan sosial dan juga bantuan yang diterima. Sokongan sosial yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang kuat membolehkan guru-guru untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain di mana ia boleh menyumbang kepada cadangan yang membantu. (Woods & Weasmer, 2004).

Tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru dalam kes ini  adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindak balas psikologikal (keletihan dan kemurungan) , fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi)  dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknnya. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.

Individu akan berupaya untuk berdaya tindak ke atas tekanan secara lebih efektif jika beliau mempunyai perhubungan sosial yang lebih berkesan. Kajian dalam bidang tekanan menunjukkan sokongan sosial sangat efektif dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental individu. Mempunyai kaedah berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial adalah amat penting dan ini selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian memukul pelajar dapat dielakkan. Berbalik dengan isu pelajar mendawa dipukul guru, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap individu terlibat.

Kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar. Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007).


            Jesteru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teori-teori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru baru.

Merujuk kepada artikel ini, saya berpendapat bahawa tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah. Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat. Banyak kajian menunjukkan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru. Sekiranya isu-isu tersebut tidak diatasi segera ia boleh menyebabkan guru menghadapai gangguan emosi dan tidak dapat mengawal emosinya.

Warga pendidik memang perlu bijak menangani isu pendidikan agar dapat mengawal emosi. Oleh itu, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian yang berkaitan tekanan ialah aspek strategi berdaya tindak dan bagaimana mengawal emosi. Mengawal emosi dan berdaya tindak terhadap tekanan kerja di kalangan guru kini menjadi semakin penting kerana kegagalan guru untuk berdaya tindak boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru.

Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes ini menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.

Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini mengakibatkan profesion ini kekurangan genarasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kesan dari ini kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah  atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.  

Kesan pendek dari kes ini menyebabkan hubungan ibubapa dan guru menjadi rengang dimana ibubapa tidak lagi mempercayai kredibilitui guru untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna.  Di samping itu juga, masyarakat akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah. Tambahan lagi, kesannya ialah ibubapa tidak puas hati dengan layanan guru terhadap anaknya.  Manakala kesan jangka panjang yang menimpa ibubapa dan masyarakat ialah mereka menyalahkan guru sehingga guru tersebut dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Selain itu, ibubapa membawa isu  ini kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka.

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan bertindak sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dan menganggap sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru juga sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru juga sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Dengan ini, nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.

Merujuk kepada artikel tersebut, saya berpendapat bahawa biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami. Walaupun kita sememangnya tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran matang terlibat dalam insiden itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang pertimbangan. Segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada mereka. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam seperti dalam kes murid dipukul guru di kepala dengan menggunakan fail dan kotak pensil sehingga bengkak manakala seorang lagi disepak sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga pelajar perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan terjadi.

Berikut adalah cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk pengurusan tekanan guru. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berlandaskan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tuga tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
           
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihandan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan gurumungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan  pendekatan humanistik ataudemokratik.

            Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.

            Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-guru prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang menuju kepada sebuah negara industri. Menjasi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020.



Analisis Artikel: Murid pecah gegendang telinga ditampar guru



 
NAMA: SAW XIAN LIN
OPSYEN: 8 PISMP- PC/PJ/MU

 Artikel

Murid pecah gegendang telinga ditampar guru 
2010/05/26

KODIANG: Seorang murid Tahun Lima sekolah rendah di sini, berkemungkinan pekak selepas telinga kirinya ditampar seorang guru lelaki hingga menyebabkan gegendangnya pecah, Khamis lalu.

Selain pecah gegendang telinga, mangsa, Mohd Khairil Azry Zulkifli, 11, turut mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas ditampar guru lelaki berusia 40-an dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, di sini.

Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas itu, termasuk Mohd Khairil berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama guru lelaki terbabit.

Difahamkan tindakan Mohd Khairil memasuki kelas itu bersama tiga rakannya ketika guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan mengundang kemarahannya.

Berikutan itu, guru terbabit memarahi Mohd Khairil serta tiga murid lain sebelum menampar keempat-empat mereka. Seorang daripada mereka turut cedera ditampar.

Bapa mangsa, Zulkifli Romli, 45, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Che Waqi Baharom, 45, memberitahu ada kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit telinga.

“Isteri memaklumkan selepas balik ke rumah pada jam 1.30 tengah hari, anak saya tidak seperti biasa dan terus tidur sebelum mengadu sakit telinga. Saya mendesak dia memberitahu perkara sebenar sebelum mengetahui dia ditampar gurunya.

“Kami kemudian ke sebuah klinik di Arau, Perlis sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar pada jam 9 malam.

“Anak saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang kemudiannya mengesahkan gegendang telinga kirinya pecah, malah pemeriksaan juga menunjukkan anak saya mengalami masalah pendengaran,” katanya ketika ditemui semalam.


 Analisis Artikel

                Artikel di atas merupakan sebuah artikel yang berkait dengan isu guru. Artikel yang telah saya pilih ini bertajuk “Murid Pecah Gegendang Telinga Ditampar Guru”. Artikel ini memaparkan kejadian seorang guru menampar murid sehingga gegendang telinga murid pecah. Isu ini berlaku pada 26 Mei 2010 di Kodiang. Seorang guru lelaki telah menampar telinga kiri seorang murid Tahun Lima dan menyebabkan murid tersebut menghadapi masalah pendengaran. Selain pecah gegendang telinga, murid tersebut turut mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas ditampar. Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas itu, termasuk mangsa berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama guru lelaki terbabit. Tindakan mangsa memasuki kelas itu bersama tiga rakannya telah mengundang kemarahan guru lelaki kerana guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan. Guru terbabit telah memarahi mangsa serta tiga murid lain sebelum menampar mereka. Salah seorang daripada mereka turut cedera ditampar. Bapa mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya memberitahu bahawa terdapat kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit telinga. Selepas itu, Ibu mangsa telah mendesak dia memberitahu perkara sebenar. Mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan bahawa gegendang telinga kirinya telah pecah.
Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik.
Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru.
Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa.
Kesalahan tingkah laku guru ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malah turut berlaku di negara lain juga.  Misalnya seperti yang berlaku di Shanghai, menurut laporan dari akhbar Xinming Evening News, seorang penolong guru besar sekolah tinggi wilayah Hubei didapati bersalah kerana memasukkan racun tikus ke dalam makanan sekolah. Beliau berbuat demikian untuk mendatangkan masalah kepada guru besar sekolah berkenaan supaya dia berpeluang naik pangkat.
Berdasarkan kes-kes tersebut, kita dapat melihat betapa banyaknya kes-kes yang melibatkan guru. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar, guru juga telah dilaporkan bertindak ganas terhadap polis dengan menggunakan gergaji. Saya berpendapat  bahawa adalah tidak wajar bagi seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masyarakat.
Setiap perbuatan yang dilakukan mesti mempunyai punca-puncanya. Begitu juga dengan isu “murid pecah gegendang telinga ditampar guru”. Bagi seorang insan yang rasional, mereka tidak akan bertindak kasar dan ganas terhadap seorang insan lagi-lagi mereka hanya merupakan murid sekolah rendah. Pada pendapat saya, guru yang berbuat demikian iaitu menampar murid sehingga gegendang telinganya pecah mesti mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri.
“Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami”. Begitulah yang dikatakan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr. Mohd. Amin Shariff. Berkenaan dengan isu di atas, saya berpendapat bahawa guru lelaki tersebut akan menampar murid mungkin disebabkan mangsa dengan 3 orang rakannya bersikap biadap dan tidak sopan terhadap guru lelaki yang sedang mengajar dalam kelas. Kebiadapan pelajar-pelajar sekarang kadang-kadang menghilangkan kesabaran seorang guru. Kemunculan murid-murid tersebut telah mempengaruhi pengajaran guru. Akibatnya, perbuatan murid telah membangkitkan kemarahan guru dan menyebabkan guru hilang kawalan lalu menampar mereka.
Selain itu, saya berpendapat bahawa punca utama yang menyebabkan guru bertindak kasar terhadap murid adalah disebabkan tekan jiwa. Murid-murid pada zaman sekarang amatlah jauh berbeza dengan masa dahulu. Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan wajar dicontohi . Guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.
Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat bahawa punca guru bertindak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid yang nakal dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai boleh menghilangkan kesabaran guru. Guru juga manusia biasa, jika terlalu tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal. Begitu juga dengan isu guru di atas. Guru tersebut mungkin telah hilang kesabaran disebabkan muridnya yang nakal dan tidak patuh kepada arahan. Akibat kesabaran yang tidak terkawal, dia telah menampar murid sehingga gegendang telinga murid pecah.
Di samping itu, saya berpandangan bahawa salah satu punca yang menyebabkan guru bertindak kasar dan ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan. Apabila tidak minat terhadap kerjayanya, seseorang guru itu tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan karenah murid. Sudah tentu mereka tidak mempunyai sikap sabar. Dia akan mudah berasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya akan sampai ke tahap di mana dia akan lupa bahawa dia merupakan seorang guru dan berhadapan dengan anak orang lain.
Sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan murid berkenaan. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. Terdapat juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Kini kebanyakan guru yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan bercita-cita untuk menjadi guru sebenarnya. Apabila bilangan guru amat berkurangan, kita terima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru.
Sepatutnya sekolah memainkan peranan yang penting di dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada keganasan. Namun begitu, bagi kebanyakan kanak-kanak, persekitaran di sekolah sebenarnya mendedahkan mereka kepada keganasan. Berdasarkan isu yang dibincangkan, murid-murid bukan sahaja tidak mendapat perlindungan malah mereka telah ditampar oleh guru di dalam kawasan sekolah. Perbuatan sebegitu adalah amat kejam terhadap seorang murid yang masih berada di sekolah rendah dan ia akan membawa kesan-kesan negatif kepada mangsa tersebut.
Adalah dilarang sama sekali bagi seorang guru bertindak ganas terhadap pelajar kerana ia boleh meninggalkan kesan fizikal kepada pelajar yang dipukul. Guru seharusnya berhati-hati sebelum sesuatu tindakan diambil. Hukuman yang dikenakan perlulah setimpal dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Guru sewajarnya tidak menyalahgunakan kelonggaran atau kuasa yang ada dan bertindak menampar pelajar dengan dorongan perasaan geram atau marah. Ini bertujuan mengelakkan gejala penderaan terhadap pelajar sekolah berlaku.
Kita mungkin menganggap menampar adalah tindakan yang tidak serius dan bukanlah isu besar, malah kita sendiri pun pernah ditampar pada satu ketika dulu. Bagaimanapun perbuatan menampar itu boleh memberi kecederaan serius terutama ke atas kanak-kanak. Dari sudut perubatan, kita mengetahui kanak-kanak mempunyai organ yang masih berkembang dalam menjalani proses tumbesaran. Organ ini juga rapuh, mudah cedera dan berpotensi menghadapi masalah kesan negatif jangka panjang. Organ di bahagian muka seperti mata, telinga, mulut, lidah, saraf tunjang leher dan juga otak ialah organ penting yang berpotensi tercedera jika bahagian muka dan kepala dijadikan tempat membuat pukulan atau tamparan.
Dalam kes yang disebut dalam artikel di atas, gegendang telinga kiri murid telah pecah. Ini adalah disebabkan tamparan tepat pada cuping telinga dan menutup lubang telinga, maka tekanan kuat akan disalurkan ke dalam rongga telinga dan sampai ke gegendang dan ini akan menyebabkan gangguan pendengaran yang kekal jika ia serius dan tidak dirawat dengan cepat. Di samping kesan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak atau pelajar yang ditampar, kesan psikologi ialah salah satu akibat yang tidak kurang seriusnya. Menampar dikatakan satu kaedah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di hadapan khalayak. Oleh itu, guru adalah diseru supaya mengelakkan diri daripada menggunakan tamparan muka sebagai kaedah menghukum.
Pendedahan kes guru mendera murid ada kebaikan untuk masyarakat menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu dibendung segera dan semua pihak terlibat. Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan.
Cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukar ke tempat lain semata-mata. Guru-guru yang tidak berminat mengajar, lebih baik diambil tindakan tegas dengan memberhentikan guru tersebut.  Isu guru adalah masalah negara yang perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion dan peruntukan gaji yang munasabah. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang bertujuan hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Seandainya, guru yang betul-betul layak perlu diperolehi dengan kadar segera. Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah guru ganas, calon guru harus ditapis dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini adalah berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.
Selain itu, guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah. Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang digariskan dalam buku “Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru”.
Di samping itu, guru yang bertindak ganas juga boleh didakwa. Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim, Zaitoon Datuk Othman, terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Bagaimanapun,  jika murid berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat dipukul oleh guru berkenaan, maka ibu bapa dinasihatkan membawa anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan kesihatan. Ini harus disusuli dengan laporan polis. Dalam konteks tindakan undang-undang,  ibu bapa boleh mengambil tindakan prosedur undang-undang jenayah ataupun sivil di bawah Undang-undang Tort. Di bawah prosedur Undang-undang Tort, tindakan yang dibawa oleh ibu bapa sebagai plaintif boleh menuntut pampasan bagi pihak anaknya daripada guru yang memukul di mahkamah sivil.
Pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan mereka dan membantu guru-guru agar dapat menumpuh cabaran dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal, guru-guru baru dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar seperti menjadi guru disiplin atau warden.
Kursus pengawalan emosi dan tekanan juga boleh diadakan untuk membantu guru dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar.Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan. Justeru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan.
Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga harus diadakan. Biarpun para guru terutamanya guru baru telah didedahkan dengan teori-teori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru baru.
Pada pendapat saya, guru seharusnya diberi peluang untuk ‘bernafas’. Cabaran mendidik dan mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah. Masyarakat tidak seharusnya hanya menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar. Sesungguhnya tugas mendidik dan mendisiplin pelajar tidak harus hanya dihadapi oleh golongan guru dan pentadbir sekolah sahaja. Ibu bapa perlu menaruh kepercayaan kepada guru-guru tetapi tidak bersikap lepas tangan. Tanggungjawab mereka memberi kasih sayang dan didikan agama kepada anak-anak mereka harus dijadikan agenda utama dalam membentuk keluarga yang bahagia. Apabila anak-anak diasuh dengan baik dan diberi perhatian, usaha guru membudayakan ilmu lebih mudah dilaksanakan. Tentunya masalah disiplin pelajar tidak timbul malah misi disiplin sifar akan lebih mudah dicapai.
Berita guru bertindak ganas terhadap murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media. Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin dan menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar sehingga diri sendiri yang tertekan. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera.
Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka bertindak kasar dan ganas terhadap murid.
Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah. Oleh itu, isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah yang perlu diberi perhatian semua pihak. Seterusnya penyelesaian bersama hendaklah ada terutama di antara guru, ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik.