NAMA: CHANG VOON YING
OPSYEN: 8PISMP - PC/PJ/MU
Artikel
Kebanjinran Guru Sandaran Tidak Terlatih
(GSTT)
Berita
Harian 2 Februari 2010
KUALA LUMPUR – Kebanjiran
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah menengah di Kuala
Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains
sosial dan bahasa Melayu. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Sulaiman Wak berkata, seramai 913 GSTT berkhidmat di beberapa buah sekolah
menengah di sini khusus bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa
Melayu.
“Ramai beranggapan
guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar sedangkan di sini kita
masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek dalam sains sosial selain
beberapa subjek lain,”. Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin
dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut
mengalami masalah yang sama.
Apabila sebut Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih. Tetapi
apa bezanya? Kalau dilihat daripada ungkapannya sahaja boleh tahu. Tetapi apa
maksud dan peranan kelompok ini pada fahaman dan konteks yang lebih jelas?
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk orang di luar yang berminat jadi guru tapi tidak
ada sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka
ini akan jadi guru ganti, memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah.
Ada yang tertakluk di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan bila-bila
masa sahaja.
Guru Sandaran Terlatih (GST) adalah
guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada
jawatan sebenar.
Lagi satu, Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bukan sahaja ditawarkan di sekolah sahaja,
jikalau anda mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik,
mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon mana-mana
politeknik di Malaysia.
Sekarang ini guru
subjek Bahasa Melayu contohnya tidak cukup. Bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi
di negeri-negeri lain pun mengalami masalah yang sama. Bukan di kawasan
luar bandar sahaja, kawasan bandar juga mengalami tempiasnya. Kalau diikutkan Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) inilah yang sepatutnya diberikan pendedahan
terlebih dahulu dengan cara diberikan subjek seperti Bahasa Melayu untuk diajar
kepada murid-murid.
Jikalau
mana-mana Guru Sandaran Tidak
terlatih (GSTT) hendak menjadi guru tetap masih mempunyai
peluang lagi. Kebiasaanya boleh ajukan kepada pengetua atau pun guru besar.
Mereka-mereka kebiasaanya yang boleh membantu. Itu pun bergantung kepada budi
bicara Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau ada rezeki mungkin kena melalui
Kursus Dalam Cuti (KDC). Jadi tidak perlu melalui Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Analisis Artikel
Tajuk artikel yang saya pilih adalah isu kebanjiran Guru Sandaran Tidak
Terlatih (GSTT) di ngara kita, terutamanya di sekolah menengah. Sebelum saya
mengulas dan menganalisi artikel yang saya pilih saya ingin menerangkan makna
GSTT dengan lebih teliti dan mendalam lagi. Apakah maksu GSTT? Sebenarnya
GSTT dibuka kepada orang di luar yang
berminat untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah
dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan menjadi guru ganti dengan
tujuan untuk memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk
di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja. Apabila
sebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih
(GST). GST pula ialah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses
untuk disahkan kepada jawatan sebenar.
Artikel ini
menyatakan kebanjiran GSTT di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur
adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains sosial dan
bahasa Melayu. Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di
kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi
subjek-subjek dalam sains sosial selain beberapa subjek lain. Selain itu,
katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah
sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut mengalami masalah yang sama.
Setiap kali penggal
persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan
guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu
bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran
dengan baik, termasuk mengeluarkan ‘nasihat’ kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir
dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar
anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah. Bagaimanapun, kelemahan
Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit
tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak
di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi ‘besar’. Seharusnya, Jabatan
Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan
keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.
Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan
guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak
diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan
menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan
dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT
dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula,
penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah
sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.
Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT
menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi
perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi
‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain
bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan
guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem
pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan
dilakukan terhadap profesion ini. Hakikatnya, soal pendidikan melingkari
kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik
di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan
sama ada Tamil atau Cina.
Sedikit masa lalu, timbul
ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan atau jawatankuasa khas untuk
menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan perguruan yang kini
melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar
Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas merasmikan konvensyen
CUEPACS, akhir tahun lalu. Walaupun tiada perkhabaran lanjut mengenainya,
cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah rentetan
daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban tugas
guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan
perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik. Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan cadangan itu berdasarkan aduan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada
guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal
murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT
masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah ‘kerja berlebihan’
akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan,
termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan
makanan dan minuman ketika berkursus. Walau apa pun kerenah pentadbiran
yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan oleh
mana-mana pihak. Baru-baru ini kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan
guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke
arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau mengakui peranan dan komitmen
guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan. Tidak dinafikan, ada guru
bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka tidak sebesar
mana.
Berdasarkan pandangan saya, saya
mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan.
Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan peringatan sesetengah
pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia. Di sini,
aya ingin mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia
sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada dalam kalangan kita
mengatakan ‘ya’ tetapi bagi saya ‘tidak’. Antara faktornya adalah kerana
kehadiran GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan
bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud
jawatan bertaraf ‘sandaran tidak terlatih’? Pernahkah kita mendengar ‘akauntan
sandaran tidak terlatih’ atau ‘doktor sandaran tidak terlatih’?
Menyedari
realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat tinggi dan
kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion dengan
perguruan. Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah
‘Memartabatkan Profesion Perguruan’ dan mengikut teras ini jugalah satu
daripada pengisiannya ‘sifar GSTT’. Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi
perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu
yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi
jawatan berkenaan.
Saya
menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan kehendak
sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan
profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar. Janganlah
sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk
mengajar. Kita harus ingat bahawa Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI),
Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk
menindas mana-mana pihak. Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah
memartabatkan profesion perguruan. Kalau sesiapa yang ingin memandu kereta
haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan,
peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru.
Didapati
bahawa terdapat punca-punca yang mengakibatkan berlakunya kebanjiran GSTT di
sekolah negara kita. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa sistem GSTT begitu unik dan jarang terdapat di negara lain. Oleh sebab
itu, sistem ini mempunyai pengaruh yang penting terhadap sistem pendidikan di
negara kita. Sistem pendidikan negara dan sukatan pelajaran telah diselaraskan
dan disistematikkan, tetapi sistem pengambilan guru masuk ke institusi
perguruan masih tidak dilaksanakan dengan sistematik. Sistem pengambilan guru
baru bagi kursus perguruan yang tidak disistematikkan ini telah memberikan
beban bagi aliran sekolah tertentu di negara ini terutamanya SJK (C) dan SJK
(Tamil) kerana kekurangan guru tetap dan berikhtisas.
Sehubungan itu,
dalam pengambilan guru baru bagi kursus perguruan di Malaysia, adakah jumlah
pengambilan calon guru ditetapkan berdasarkan kadar persaraan guru? Adakah
pengambilan guru kursus perguruan ini mencerminkan kadar kekurangan guru di
semua aliran sekolah rendah dan menengah? Jika statistik menunjukkan persaraan
500 orang guru, adakah KPM akan mengambil 500 orang guru kursus perguruan
mengikut keperluan dalam semua aliran sekolah? (Sekolah Cina dan Tamil
memerlukan guru yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa
Cina/Bahasa Tamil, tetapi pengambilan calon kursus perguruan hanya menumpukan
dalam pengambilan guru yang hanya mahir dalam Bahasa Malaysia?) Hakikatnya, jumlah pengambilan calon guru
adalah tidak sekadar dengan kadar persaraan guru. Oleh itu, berlakunya
kekurangan guru di banyak sekolah disebabkan pengambilan calon guru yang tidak
mencukupi oleh kerajaan.
Selain itu, GSTT
mengharapkan kursus perguruan akan dianjurkan setiap tahun sebab ia
satu-satunya cara untuk GSTT menjadi seorang guru tetap dan berikhtisas.
Malangnya, kadar pengambilan calon kursus perguruan pada setiap tahun kurang
daripada kadar guru yang telah bersara. Akibatnya, sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan guru tetap pada tahap yang
serius sehingga 2,000 orang. Sehubungan itu, adakah KPM mempunyai perancangan
untuk membantu GSTT yang sedia ada, misalnya bagi GSTT yang telah berkhidmat
lebih tiga tahun, untuk diberikan keutamaan dalam pengambilan dalam permohonan
kursus perguruan.
Adakah
Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai rancangan untuk GSTT di SJK(C) yang
tidak berpeluang untuk memasuki institusi perguruan walaupun mereka telah banyak
kali memohon kursus perguruan? Syarat KPM menetapkan bahawa GSTT mestilah tidak
melebihi umur 35 tahun bagi siswazah dan umur 30 tahun bagi bukan siswazah. Ia tidak adil bagi para GSTT yang
telah bertungkus-lumus dalam bidang pendidikan. Walaupun mereka mempunyai
pengalaman untuk mengajar, mereka tetap tidak diterima oleh institusi perguruan
hanya kerana umur mereka melebihi had usia yang disyaratkan. Jika tidak diberi
peluang untuk menjadi guru yang berikhtisas, mereka terpaksa menceburi bidang lain
dan susulan itu, sekolah-sekolah akan kehilangan guru yang berpengalaman dan
penuh dedikasi.
Saya mendapati
bahawa kebanyakan GSTT rajin mencurahkan khidmat dan dedikasi untuk pendidikan
megara tetapi negara kita tidak menghargai sumbangan GSTT. Kebajikan tidak
dijaga dan kerja sebagai GSTT tidak terjamin. Sekiranya terdapat guru tetap
yang baru diagih masuk ke sekolah, perkhidmatan GSTT akan dihentikan. Kejadian
ini menyebabkan semua GSTT berasa kecewa dan terasa tidak diberikan jaminan. Peranan guru GSTT mungkin dianggap
remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan
segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru
GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam
kelangsungan pendidikan di Malaysia.
Di sini, saya
mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil pensyarah dari
universiti tempatan sebagai pensyarah kontrak dalam institusi pendidikan. Langkah
ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan pensyarah yang serius
dalam institusi pendidikan, malah mengurangkan perbelanjaan pihak kementerian. Dengan
adanya bilangan pensyarah yang mencukupi, kementerian boleh melatih GSTT untuk
menjadi guru secara kumpulan. Cara
ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan guru yang serius di
seluruh negara, malah para GSTT dapat memberi sepenuh perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan tidak perlu berasa risau untuk
mencari jalan demi menjadi seorang guru berikhtisas.
Saya berharap
kerajaan dapat memahami nasib GSTT di SJK(C) dan boleh membantu kita mendapatkan
peluang temuduga terbuka (walk-in interview) bermaksud semua GSTT kini terus
diterima masuk KDPM-KDC dan KPLI-KDC (mod Bahasa Cina) seperti mana program ini
pernah dilaksanakan oleh bekas timbalan menteri pelajaran. Ia membuka lebih peluang kepada para
GSTT agar dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru SJK(C) berikhtisas di
seluruh Malaysia. Sistem Pelajaran yang mantap adalah asas pembanguan negara.
Sebagai menyambut
slogan kerajaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian
diutamakan. Oleh itu, kerajaan harus mengambil kira kesan negatif jika janji
terhadap GSTT ini tidak ditunaikan. Antaranya ialah GSTT yang diberhentikan
kontrak mengalami kemerosotan nilai ekonomi kerana mereka sukar mendapatkan
pekerjaan lain memandangkan mereka hanya mempunyai pengalaman kerja sebagai
guru. Tambahan pula kebanyakan majikan tidak mahu mengambil bekas GSTT 2010
bekerja dengan mereka kerana beranggapan GSTT akan dipanggil berkhidmat dalam
masa terdekat seperti yang dijanjikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keadaan ini menyebabkan GSTT sukar meneruskan kehidupan harian dengan bebanan
hutang dan komitmen yang semakin bertambah. Seperti orang lain yang telah lama
bekerja, GSTT juga mananggung liabiliti yang besar seperti ansuran kereta,
rumah, kos sara hidup rumah tangga dan juga hutang PTPTN. Lebih memeritkan lagi
ada di antara GSTT yang ditamatkan kontrak ini telah kematian suami dan
terpaksa menyara 5 orang anak.
Di samping itu, dalam
kesukaran GSTT meneruskan hidup selepas ditamatkan kontrak, wujud pula golongan
yang mengambil peluang dan kesempatan ke atas mereka. PGM menerima banyak
rungutan daripada GSTT seluruh negara bahawa mereka perlu membayar RM 200
seorang untuk mendapatkan tawaran mengajar di sekolah swasta. Kami sangat
bimbang sekiranya ia melibatkan sendikit penipuan dan semakin berleluasa serta
agresif. Misalnya jika melibatkan sendikit pelacuran, pengedaran dadah dan
lain-lain lagi.
Tambahan lagi, PGM
juga bimbang sekiranya janji terhadap GSTT tidak ditunaikan. Ini adalah kerana
ia akan menyebabkan terhakisnya kepercayaan yang kami pupuk terhadap kerajaan
yang memerintah. Sudah pasti keadaan ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya.
Sangat rugi jika pucuk pimpinan yang banyak berjasa dan berkebolehan seperti
dalam pemerintahan negara kita pada hari ini terpaksa ditukar hanya kerana rasa
tidak puas hati sesama kita akibat janji yang tidak ditunaikan. Ini memang
merupakan perkara yang tidak patut berlaku di negara kita yang begitu
menekankan kepentingan pendidikan.
Kesimpulannya, saya
berharap bahawa semua pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama supaya masalah ini dapat
ditangani demi masa depan serta kebaikan murid-murid.Sekolah bertujuan untuk memberi
pendidikan yang sempurna kepada murid-murid dari segi aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan aspirasi kebangsaan. Dalam konteks negara
Malaysia, sistem pendidikan mempunyai matlamat utama iaitu perpaduan kaum dan
pembangunan negara. Oleh itu, sekolah dan guru memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan negara kita terus maju ke depan. Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian dan prihatin terhadap isu ini.
No comments:
Post a Comment